Wednesday, January 28, 2009


bismillahirrahmanirrahim..

assalamua'laikum sahabat sahabat yang beragama Islam..
GHUROBA'itu lah word sesuai untuk menunjukkan situasi dan keadaan sekarang.
m..lihat saja..bila orang memakai purdah,mereka memandang golongan ini sebagai golongan yang pelik sebahagiannya menganggap golongan berpurdah ini sebagai orang yang not up to date .haha..
klakar nya yang cakap itu adalah orang yang seagama dengannya pulak tue.
SEISLAM..

dan bila kita kata mereka yang tidak menutup aurat itu sama seperti orang yang bukan Islam, mereka marah dan mengatakan
itu hak masing masing..
kubur masing masing..
wahh..pandai nya..
kalau depan Allah nak cakap macam itu ker ha?
apalah ada sangat dengan diri kita..nak bernafas pun harap kan udara yang Allah berikan
heyhhhh...tak malukah kita,berjalan dimuka bumi Allah dengan angkuh melakukan dosa,
setiap hari melakukan maksiat??
dimanakah hati kita??hati kita sudah keras?
muhasabah diri wahai sahabat sahabat umur kita tidak panjang kita boleh mati bila bila masa kadang masa tengah main pun ada yang mati..
kalau kita mati sewaktu melakukan maksiat?tidak sedih kah kita melihat diri kita selepas mati?ada jaminan kah kita masuk syurga Allah yang mulia itu?

wallahua'lam..
daku sekadar mencoret apa yang ku rasa..daku ingat kan diri ku,juga sahabat sahabat..
kerana itu tugas ku sebagai khalifah Allah
daku menaip bukan kerana nama..
tapi atas dasar sayang yang ada dalam diri ini..
sayang pada diri ku..dan juga kalian..
sekian..wassalam..salam muhibbah buat semua..(^_^)


ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya:> Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw,
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing"
H.R. Muslim


Keterangan I

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang.
Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia.

Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.
Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.
Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat.


Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar.
Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman.
Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.