
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum w.b.t
erm..sebenarnya arinh sy nk kongsi satu cerita yg mna sy rsa kan crita nh amat berkait rapat dgn kter sbg remaja..(erm..yg baca nh sumer remaja ker?
kisah nh berlaku ant anak dan maknya..
let say the anak named aisha.. n mak nya bernama nurul..
huhu..baru pas tgk crite ayt2 cinta sbnonyer..sj nk kabo kat kome..hehe..
Crite ini berlaku pd kurun ke? entah lah..skrg kot..ehem2..
Aisha bertanya pada maknya..mak mak.. mak nak pilih saper..antara org yang syg kat kter dan jgk kter syg?
mak nya jwb..mak x nk pilih sape2..
x nk3..
( haha.. naper eyh? )
mak nya senyum..lalu jwb..mak nk pilih org yg syg kn kter krn Allah..
( alamak..cner nk thu org tue syg kter krn Allah eyh? )
mak nya jwb, Allah jer thu..sbb Allah sjer yg mampu baca hati hambaNya..
Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang..
( lalu..dlm hati berkata..ooooooo...Awk sumer fhm ker? x fhm kn.. aisha nh pon xfhm gak..=p )
Maknya smbung..
erm..senang cter gini lh syg ku..Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” sumer orang insan iaitu manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. kan dh belajo sains..kalau berlawanan..maka..wujud lah daya tarikan magnet tu..
ap kata mak nya lagi eyh?
maknya ckp..Stp m'sia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?
( ha..saper eyh? alamak..nati kter kawin nga saper eyh?erm..)
pastue..mak nya bukak crite cinta remaja ny dulu..
( hoho..maknya ad pengalamn..huhu)
mm..mak pon pernah ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..haha.. =p
mm..mak pon pernah ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..haha.. =p
tp..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh..
Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu..
Aisha pon tanyer pd maknya..arrr...mak xde ati ker nga dy tue?
ehhhh...ad..haha..tapi..mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
sbb Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..
Sbb nya..Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak..
Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak?
Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa2 agama.
Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung walaupun hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat..syg..
Aisha Syg..Jatuh cinta perkara biasa. Bila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..
Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin..
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
( berenti jap..pjg sgt kan? tarik nafas dlm2..cernakan apa yg dh baca tdi..okkeyh!skrg lepas!
erm.okeyh..maknya smbung.. )
Syg..kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba Aisha renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus..
Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya..
hurm..sebeno nye syg..jatuh cinta bukan perkara luar biasa.
Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain..
Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.
Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.
Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..
Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata..
Hatta! Dlm dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti..
Syg anak mak..Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk syg, terimalah dengan hati yang redha..
Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang Aisha sayang, tak jadi hal lah..
Tapi kalau dapat yang Aisha tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia,
ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia..
Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang Aisha sangat2 perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada Aisha..
Alangkah bertuahnya Aisha kalau Aisha mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..
Syg..Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..

No comments:
Post a Comment